BANTUAN BAKUL MAKANAN
Ramai yang terkesan hari ini dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan.
Ada yang kehilangan kerja mahupun gaji dibayar separuh sahaja.
Namun kos sara hidup tetap berjalan seperti biasa.
Pertubuhan Dapur Infaq menganjurkan program bakul makanan untuk mereka yang layak di sekitar daerah Kuantan.
Apa tunggu lagi?
Mari salurkan sumbangan anda untuk membantu mereka mendapatkan makanan.
Program Jualan Amal Ayam Segar
Ingatlah ketika Rasulullah SAW bersabda, harta orang yang bersedekah tidak akan kurang malahan akan terus bertambah dan makin bertambah.

Pada 19/7/2021 yang lalu, Pertubuhan ini telah melakukan satu jualan amal ayam segar kepada 150 buah keluarga.
Program ini sepatutnya bermula pada pukul 9:30 pagi, namun kira-kira 30 minit sebelum program ini patut bermula ramai yang sudah mula beratur untuk merebut peluang membeli.
Ramai yang datang membeli kerana harga yang dijual lebih murah dari harga pasaran.
Masih ramai lagi diluar sana yang kelaparan sedangkan kita bersenang-senangan.
Dalam waktu ini, mereka yang hilang punca pendapatan hanya kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Salurkan sumbangan anda, sekurang-kurangnya anak-anak kecil mereka tidak kelaparan.
Bantuan Bakul Makanan

Pertubuhan Dapur Infaq berhasrat melakukan satu aktiviti yang baharu untuk membantu mereka yang terjejas kerana pelaksanaan PKP.
Program bakul makanan ini akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

Bantuan bakul makanan ini juga dapat, memastikan mereka yang memerlukan di sekitar Kuantan tidak terputus barangan asas untuk meneruskan kehidupan mereka.
Sasaran dana setiap bulan ialah sebanyak RM 50,000 sebulan.
Antara makanan asas yang ada di dalam bakul makanan ini ialah:
BERAS NAGASARI (5kg) |
CSR GULA HALUS (1kg) |
TEPUNG GANDUM CAP ROS (1kg) |
MINYAK MASAK (1kg) |
JASMINE BIHUN |
AAA SARDIN |
HUP SENG CREAM CRACKER |
KJ GARAM HALUS |
LUCKY DAY KRIMER MANIS |
BOH TEH (100 gram) |
SERBUK KOPI (130 gram) |
PELITUP MUKA |

Antara program yang dijalankan oleh Pertubuhan Dapur Infaq untuk orang ramai disekitar Kuantan ialah foodbank.
Aktiviti amal harian pertubuhan ini ialah menyediakan makanan bermasak untuk waktu tengah hari dan makan malam untuk 300 komuniti di Lorong Wong Ah Jang.
Anda sendiri boleh lihat betapa mereka perlukan makanan untuk meneruskan kehidupan.


Mari Bantu Kami Untuk Bantu Mereka
Nabi Muhammad SAW disoal berkenaan dengan amal yang paling utama di dalam Islam, baginda menjawab:
"Amal yang utama di dalam Islam ialah memberi salam dan memberi makanan kepada orang lain"