Sumbangan Anda Dapat Memastikan Mereka Meneruskan Kehidupan
DAPUR INFAQ UMMAH KUANTAN
Negara kita merupakan antara negara yang kaya dengan pelbagai jenis makanan.
Di Malaysia, semua jenis makanan boleh didapati sama ada makanan tempatan mahupun makanan dari luar negara.
Namun begitu, pada tahun ini sahaja negara kita dianggarkan telah menghasilkan 17 juta kilogram sisa makanan pada setiap hari.
MALAYSIA KEBULURAN?
Tahap kebuluran di Malaysia tidaklah sama dengan kebuluran yang dihadapi oleh mereka yang berada di tengah benua Afrika.
Mereka tidak mendapat makanan kerana susulan krisis makanan di negara mereka.
Lain pula di Malaysia, makanan tidak didapati disebabkan oleh kerana masalah ketidakmampuan untuk membeli makanan.
Ditambah pula dengan pandemik COVID-19 ini, pendapatan isi rumah bagi golongan yang berpendapatan rendah semakin terjejas.
DAPUR INFAQ UMMAH KUANTAN memberikan bantuan dari segi makanan yang sudah dimasak.
Makanan yang sudah dimasak ini akan diagih-agihkan kepada komuniti rentan di kawasan sekitar.
KOMUNITI RENTAN
Mengikut JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) komuniti rentan ini adalah sekumpulan orang yang memerlukan dan tinggal bersama-sama di sesuatu kawasan.
Mereka ini akan berkongsi sesama sendiri untuk meneruskan kehidupan.
Dalam erti kata lain, mereka ini disebut sebagai miskin bandar.
Dengan pendapatan yang sedikit serta tanggungan yang banyak menyebabkan kadangkala keperluan asas seperti makanan tidak dapat dipenuhi dengan sempurna.
KELEBIHAN MEMBERI MAKAN
Di dalam islam, memberi makanan kepada orang lain merupakan suatu amalan yang mulia dan besar pahalanya.
Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW apabila ditanya:
أي الاسلام خير؟
قال تطعم طعام وتقرأ السلام على من عرفت و من لم تعرف
Maksudnya:
Apakah islam (amalan) yang utama?
Baginda menjawab:
Memberi orang makan dan memberi salam kepada sesiapa yang dikenali mahupun tidak.
MARI REBUT PAHALA DENGAN BERINFAQ
BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?
Untuk memudahkan tuan/puan menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyusun mengikut pakej seperti di bawah:
Pakej Combo 12 Pax - RM 180
Pakej Combo 8 Pax - RM 120
Pakej Combo 4 Pax - RM 60
Seikhlas Hati - RM 30


